Hi.. it’s been years i didn’t entered here. Well, friendster is not interesting anymore. Now I more hang on to facebook, the thing that iIavoid most at first. I thought it just another network application, which I become fed up to register. But I give up, when lots of friends hang out there.

Anyway, I am also been blogging to sumwhere else lately. I don’t know why I don’t hold on here, when everything seem going well. Again, may be it’s because of friend.

So, here is my new link, to see what am I doing now.

And if you want to see my picture (I cannot hide my face anymore, because of tagging feature.. uhuk), and my recent picture’s activity, add me: halimah81@gmail.com

Last but not least, I would like to wish you all Salam Aidilfitri to all of you. To muslim, may Allah bless you always. Forgive me if I said or done anything stupid, or wrong, or too open, to you guys.

reagrds,

~ha~

Comments No Comments »

Sepatutnya aku buat entry lebih awal dari ni. Sebab aku janji nak cerita kat korang tentang plan aku nak buat xpdc mcm Mirul. Tapi sesungguhnya aku dilanda ke-bz-an yang amat sangat. Sampai geng² aku ingat aku sedang melakukan percubaan nak melarikan duit diorg. Ahahaha.. Kalau pun aku berjaya lari kat sini.. aku tau kat akhirat nanti aku jumpa gak korang.

So.. dipendekkan cerita (sebab PM aku dah start call aku ym tu..), aku buat XPDC Gopeng 1 Mei ari tu. Aktiviti: waterfall abseiling, caving kat Gua Tempurung and water rafting kat Sg. Itek. Memang best!! Nanti aku publish gambar. Aku tertinggal cable hp kat Terengganu, so takleh nk upload gambar. Nantilah ek..

Kene update skit ni.. orang pening aku dah selalu hilang, ym pun tak on. Jadi nak bagitau lah, aku kene g Terengganu semenjak dua menjak ni. G Kuala Terengganu, ade keje skit kene buat kat sana. Kebetulan laptop office yang aku bawak tu plak, wireless dia problem. Jadi inilah akibatnya.

Sekian dulu, will be continue.. (if only I had a time to write..)

Comments No Comments »

Mari kita bercerita lagi!

Macam dalam post shout out aku, aku akan ke Sarawak lagi. Tapi kali tak sebest last time, sebab pegi sebab keje. Tapi tak kisah la. Orang yang best, dia tak mengaharapkan suasana yang best buat dia jadi best, tapi dia yang menjadikan suasana yang tak best jadi best!! Ehehe.. korang paham ke? Aku pegi 22hb-31hb Mac.. jadi jangan korang cari aku kat KL sepanjang minggu tu. Dan kepada kawan² aku yang mungkin ada atau tersesat kat sekitar Kuching or UNIMAS time tu, sila contact aku! Mungkin kita boleh rancang aktiviti berpoya²..

Cerita kedua.. aku ada satu projek nak buat. Ekceli projek bersama, tapi sebab aku yang terkeluarkan idea neh, maka aku dengan rasa tanggungjawabnya menggalas tugas ni. Lagipun aku nak test power. Setakat reunion dan gathering, aku dah tau dah krebiliti aku. Sekarang aku nak test buat outdoor aktiviti plak. Lagipun, aku nak tau gak, cemaner susahnya Encik Amirul Mukminin tu dok siapkan itinerary dan bajet aktiviti. Mane tau.. aku bleh cantas plak bisnes diorg. Ahahaha.. takde lah. Merapu! Aku ni hangat² taik kambing je. Sedangkan si Amirul tu comited gila.. kagum sei!! (Im.. kalau ko terbaca, sila jangan bgtau abg ko aku kagum ngn dia. Nanti lagi besar perut dia nanti..). Oh.. tapi aku tak cerita aktiviti apa aku nak buat. Nanti aku dah siapkan itinerary tu.. baru aku umumkan. Kasik korang suspen skit. (huhuhuu.. suspenkah?)

Ape lagi nak cerita ek. Aku rasa cukuplah tu. Nanti orang kata aku tulis blog macam tulis cerpen/buku teks. Ada ke aku dengan baik hati bagi dia link blog aku.. dia kata macam tu. Dia tatau ke aku ni kalo eleberet.. penuh dengan ketelitian. Lagipun.. aku nak la berkongsi kegembiraan ni ngan korang.. supaya dapatlah korang berjeles² dengan aku! Ahahaha..

Dah la.. selagi aku tak letak full stop.. lagi banyak aku dok merepek nanti. Ni sebenarnya hari Ahad, aku kene keje ari neh. Ni semua pasal Sarawak la neh. Kalau tak pasal Sarawak.. aku takdelah sebegini kalut. Ade ke bos aku cakap, dia bagi aku pegi Sarawak sebab dia tengok aku mcm suka pegi Malaysia Timur. Nampak sangat dia tak mengenali aku.

FULL STOP!!!

Comments No Comments »

Aku sebenarnya stay back sebab nak study sistem. Tapi macam tempting plak nak cerita pasal trip kali neh. Ehehehe…

Anyway, kepada yang tak tahu, kali ni aku pegi Sarawak plak (27hb Feb-2hb Mac). Korang mesti ingat aku banyak duit kan. Kerap plak aku pegi arah sana sini. Tapi series aku tak sekaya mana. Ni pun dah nyaris nak jatuh miskin dah neh. Nasiblah trip kali ni backpackers style. Jadi takdelah belanja lebih sangat. Rasanya duit aku banyak habis kat tiket flight je.

Dalam flight ke Miri
Dalam flight ke Miri

Jumaat pagi kami bertolak ke LCCT, tu pun dah terbangun lambat. Check in pukul 6.45, tapi kul 7.15 pun semua tak check in lagi. Nyaris² tak dapat letak beg kat bahagian lugage. Tapi bukan salah sebab kami bangun lambat, salah Air Asia lah.. electronic board dia rosak. Anyway, kami berlepas dengan jayanya ke Miri, dan touch down Miri lebih kurang pukul 9 lebih. 2 jam perjalanan, sebab kami bangun lambat, tak sempat nak breakfast, dan nak jimat duit taknak makan dalam flight, aku sampai mimpi² minum milo panas sebab lapar sangat.. dduuuhhh!!

Sampai Miri, naik bas awam, pun dengan harapan nak jimat duit, sorang RM2. Padahal naik van sewa xde la mahal mane.. kalau satu trip RM20, boleh naik sampai 10 orang. Lupa nak cakap, kami ni seramai 10 orang, 8 perempuan dan 2 lelaki. Sampai bandar Miri, semua sibuk cari kedai makan, lepas janji dengan pakcik van sewa nak gerak ke niah pukul 2 ptg. Orang Miri memang ramah². Kitorang pun ape lagi.. amik kesempatan lah. Mintak tumpangkan beg kat kedai makan lah, tanya² tempat menarik lah. Ehehehe.. Tapi tulah, Miri memang bukan bandar yang sangat menarik. Macam pekan lama je. So tatau nak jalan ke mana.

Dalam ke bandar Miri
Dalam ke bandar Miri

Selepas perjalanan lebih kurang 3 jam mungkin, kitorang sampai la ke National Park Niah. Ya ampun, macam dead place. Sunyi sepi. Petang tu kami mati kutu tatau nak buat ape. Sib baik berkenalan dengan kakak yg buka kantin untuk muslim. Kakak tu memang masak sedap gila (atau kitorang kah yang lapar??), malam tu kitorang dinner nasi putih, lauk kari ayam, midin (pucuk paku) goreng, telur dadar, ulam dan sambal dengan harga RM6 lebih seorang. Kakak tu pun tak melepaskan peluang promo dia punya kek lapis. Based on masakan kakak tu, kitorang rasa kakak tu memang pandai masak. Respek habis la.. kakak tu memang pandai carik duit. Satu malam bleh siap 24 biji kek lapis sarawak, korang bayangkanlah! Tu belum lagi dengan dia amik catering lah, upah buat laundry utk national park lah. Kedai je nampak buruk (bukan nak mengutuk.. tapi korang tengok la gambar kat bawah tu!), tapi duit berkepuk tuh. Aku dan Pae balik bilik awal malam tu, sebab aku rasa nak ke toilet sangat(ehehee…) tapi rupanya kakak tu sambung plak ngan cerita hantu. Ehehe.. nasib la korang! Ketakutan sampai takut nak balik bilik. Oh lupa nak cakap, kitorang pun order lah kat kakak tu kek lapis, dan memang tak menghampakan. Semua kawan² aku kat sini puji, sedap dan berperisa. (wah.. dah macam pegawai pemasaran dah gayanya!)

Nilah kedai kakak tuh.. macam kedai tinggal je kan..

Nilah kedai kakak tuh.. macam kedai tinggal je kan..

Esok pegi Niah, memang menarik, specially pada aku yang minat Sejarah neh. Budak² lelaki tu pun mcm tak puas hati je ngan aku, semua benda aku tau atau nak amik tau. Apa, diorang tak penah jumpa ke budak komputer minat sejarah dan geografi?? Balik tu melawat perkampungan Iban. Kemudian, balik bilik, mandi dan terus gerak bandar Miri, check in hotel backpacker. Tapi sempat lagi shopping sekejap sebelum check in. Dan memang satu kebetulan yang menarik, uncle kedai barang kraft tu siap offer sewa van untuk kitorang pegi airport esoknya. Siap janji nak bawak kitorang jalan² (tapi kene bayar lah..) kat sekitar Miri sebelum kitorang check in balik KL nanti.

Ini folker yg kitorang naik dari Miri ke Mulu
Ini folker yg kitorang naik dari Miri ke Mulu

Esok, kami ke Mulu naik folker. Pada yang tak tahu, folker tu kapal terbang kecik. Memang bergegar lah bila langgar awan, plus ada bau yang kurang menyenangkan lah skit dalam folker tuh. Sampai Mulu, baru sibuk nak cari van sewa. Sekali dapat tumpang jeep. 5-10 minit perjalanan je, tapi kene bayar sampai RM5. Cekik darah! Check in bilik kat National Park, kami kene bayar RM100 seorang, tu termasuk bilik untuk 1 malam, entrance ke national park, tambang bot untuk hari ke-2 dan guide untuk 2 hari. Kira ok lah! Lupa nak cakap, trip ke Mulu hanya 6 orang je yang join, kesemuanya perempuan. Selebihnya masih stay kat hotel backpacker sebab diorg plan nak pegi Brunei. Padahal Brunei tu bukan ada apa pun.

Gua Lang
Gua Lang dan Gua Rusa

Petang tu, kitorang melawat Gua Lang dan Gua Rusa. Gua Lang tu cantik sangat. Gua Rusa plak entrance dia besar betul. Tapi bukan yang terbesar diantara gua² kat situ. Guide tu cakap, the largest cave passage in the world. Maksudnya ape ek. Sebab gua terbesar tu Sarawak Chamber. Tah lah.. aku pun tak paham sangat. Maghrib, kitorang tengok kelawar keluar dari gua. Takdelah cam yang aku expect, macam dalam cerita batman tuh. Aku expect kelawar keluar dari dalam gua dan terbang atas kepala kitorang. Tapi harapan jelah. Kelawar tu terbang jauh gila dari tempat kitorang tengok tu, dan nampak kecik betul.. dah macam burung je. Tapi pengalaman menarik jugak lah!

Kelawar yang keluar dari gua
Kelawar yang keluar dari gua

Esoknya plak pegi Gua Angin dan Gua Air Jernih. Gua Angin tu pun cantik jugak, pastu pada satu² kawasan dalam gua tu, akan ada rasa aliran angin. Tapi Gua Air Jernih lah paling menarik sekali sebab ada aliran sungai dalam gua. Pada mulanya, ramai jugak yang suggest kitorang buat advance caving. Tapi advance caving tu kene berenang, dan kene salah satu sungai adalah sungai dalam gua tuh. Oh tidak.. ya ampun!! Aku ni dah la tak reti berenang, dengan arus yang amatlah deras nya, agaknya baru je cecah kaki dalam air, dah terus hanyut!! Tapi bila dengar bagaimana cara sungai tu terbentuk, dan macamana gua ni terbentuk, buat aku jatuh cinta dengan gua nih! Ya.. diulangi, aku suka geografi!

Perjalanan Menuju ke Gua Angin dan Gua Air Jernih
Perjalanan Menuju ke Gua Angin dan Gua Air Jernih

Aku tak cerita ek, perjalanan kami ke Gua Angin dan Gua Air Jernih tu naik bot, dan singgah ke perkampungan Penan. Guide kitorang pulak, sorang mix cina, malanau dan iban, satu lagi dari kaum Iban. Macam kelakar pulak, masa kat Niah, guide kitorang orang Penan, tapi kitorang pegi ke perkampungan Iban. Bila di Mulu, Guide orang Iban, tapi pergi ke perkampuang Penan. Trip kali ni, walaupun taklah seadventure macam pegi Kinabalu, tapi aku sangat puas hati. Rasanya, kami mungkin akan datang lagi. Ada banyak benda yang kami nak buat. Mungkin bukan advance caving, tapi at least mungkin boleh try intermediate caving ke. Air terjun lambir pun tak sempat pegi. Banyaklah tempat tak pegi lagi!

Oklah.. sungguh panjang lebar penceritaan aku, dah macam nak kasik korang itinerary aktiviti plak. Ehehehe.. Semoga korang pun jatuh cinta gak dengan World Haritage neh.. sebab sesungguhnya, aku memang dah jatuh cinta pun dengan tempat ni pun!!

Comments 2 Comments »

Aku nak cerita 2 benda hari ni.

Pertama pasal Manikam Kalbu. Manikam Kalbu ni adalah buku tulisan Faizal Tehrani yang baru aku khatam semalam kat surau, masa orang audit asyik berlegar² kat tempat aku. Lama gak aku amik masa nak abih baca buku ni, tapi tak sedasyat buku Saatul Ibaad, sampai sekarang adalah dah dekat 5 bulan aku tak abih² baca lagi. Tough sangat la..

Manikam Kalbu

Manikam Kalbu

Manikam Kalbu ni cerita ringan je, tapi kalau namanya Faizal Tehrani yang buat, ko jangan mimpi la nak baca buku² ringan dari dia. Ringan² dia tu.. agak jenuh jugak la ko nak bukak prosa kata kat belakang. Tapi aku enjoy. Ada 2 cerita dalam ni, zaman dulu, pasal jurubusana istana yang bernama Manikam Kalbu, yang kalau sekarang ni orang panggil fesyen designer kerabat diraja la. Satu lagi cerita pasal seorang budak sekolah menengah yang amik jurusan fesyen, Ziyab, yang mempunyai seorang nenek nyanyuk dan seekor kucing bernama Manikam Kalbu.

Menarik pasal buku ni, bukan pasal si Manikam Kalbu tu. Tapi macamana dia uraikan maksud tersirat yang ada pakaian² Melayu, dan kenapa kita pakai baju kurung atau baju melayu. Ni antara petikan dalam novel tu.

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”

“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong.  Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”

Oklah.. lebih², kenelah baca sendiri.

Yang kedua, aku nak cerita pasal keinginan aku. Dah lama aku memasang angan² nak memiliki sebiji gitar. Sebiji gitar ke? Ke sebuah gitar ek? Tak kisah la.. tapi aku memang teringin nak memiliki dan belajar gitar. Buku gitar sudah mula kuning, tapi gitarnya haram tak nampak rupa lagi. Tapi banyak plak prosesnya. Memula nak kene survey kedai gitar dulu. Lepas beli, nak kene spend masa belajar lagi. Sudah la kene belajar sendiri, susah jugak tu. Tapi takpelah, pelan².. Kalo bleh.. tahun ni jugak lah..

gitar idaman

gitar idaman

Ok, sekian…

Comments No Comments »

Ingat tak entry lepas aku cakap pasal satu projek aku nak join tu. Nilah projeknya. Dulu tak berani cakap, takut aku tak dapat sampai puncak. Nanti orang cakap, cakap je lebih.

Duhh.. sebenarnya aku jadi penat nak update pasal Kinabalu nih. Ahahah.. may be sebab asyik dok ckp dan tgk gambar Kinabalu ni je, so dah rasa cerita ni macam skit basi dah. Tapi takpe, demi kawan², aku update jugaklah di serata alam maya yang aku ada. Facebook dah update, so aku update sini plak!

Aku pegi 5 hari, from 7 to 11 January. Nak kira adventures, aku rasa aku  ni bkn la adventures sgt org nya. Especially bab panjat² gunung ni. Tapi dah rezeki aku agaknya nak sampai sini. Aku takut jugak pengsan di merata jalan, maklumla, aku ni ada enimia. Ahahaa.. tapi alhamdulillah tak pengsan maupun pitam. Nak tertidur je kejap. Tapi semua kire setel la.

Aku naik hari Khamis, sampai puncak Jumaat pagi, turun hari Jumaat tu jugak. So far semua ok sebab aku tak push sangat diri aku. Aku rasa nak jalan, aku jalan. Aku rasa nak berenti, aku berenti. Walaupun guide selalu cakap jangan berenti lebih dari 30 saat, suka aku je aku berenti lama². Tapi aku rasa ok, sebab aku tak menyusahkan orang sangat. Aku jalan sensorang, senang hati aku. Ada takde pun, aku susahkan Ewa je.. pasal aku suruh dia tunggu aku masa first 5km tu. Lepas tu, dia call aku cakap nak jalan dulu, aku kasik jelah. Dah nak dekat sampai pun.

Lepas 6km daki, kitorang sampai Labanrata. Kat sini challet orang stop before nak sambung daki pukul 2 pagi nanti. Kat sini gak diorang sediakan dinner. Buat pertama kali, aku rasa lapar gila. Aku ni sebenarnya tak makan daging dan kambing. Tapi kat sini semua aku belasah. Bila Mariati suruh aku berenti makan sebab aku tak solat Zuhur n Asar lagi, aku rasa cam nak marah. Huhuhu.. aku tak puas makan lagi. Aku baru belasah nasi, mee, daging, ayam, telur and sayur je. Sup², salad, buah, side dishes lain semua aku tak makan lagi. Huhuuuu.. memang nak marah sebab aku tengah lapar lagi. Tapi padan la muka aku, sape suruh aku sampai lambat. Masa tu Asar dah nak abih.

Pukul 2, kitorang gerak naik atas puncak. Aku cam biasa la, suka juga berenti lama². Pastu aku jumpa dengan group aku yang paling last, Abg Zaidi and Ifa. Pastu aku follow jelah diorang. Ifa pun nampak cam tak berapa sihat, so aku pun kasik la moral support. Aku memang, kalo ade orang lagi tak sihat dari aku, tetiba je nak belakon jadi penyelamat plak. “When a hero comes along.. lalalaa..” Ahahaha…

Sebenarnya aku dah give up gak. Sebab masa aku sampai 8km tu, dah nak dekat kul 7 pagi. Fajar menyinsing pun tgk dari bawah je. Aku cam dah malas nak naik, padahal orang lain semua dah nak turun. Ingat nak ikut kengkawan aku turun. Tapi diorang tak kasik plak. Suka² je nak control aku. Tapi sib baik ada satu group yang tak naik lagi, Mama, Papa n Zera tak naik lagi. So aku follow diorang naik. Sebab diorang lah aku dapat sijil. Kalau tak, harus aku dok bermain² kat dataran puncak tu je  dengan sia².

Turun takde apa yang menarik. Maybe sebab aku takleh lepak² lagi dah. Aku turun ngan kawan² aku, so diorang paksa aku jalan jugak sampai bawah. Huhuhuuu… tapi nak dekat sampai tu best gak, pasal kitorang asyik nyanyi lagu² yang belaja sekolah rendah dulu. Oh malam tu dinner kat National Park, aku dilanda blur. huhuhuu…

Esoknya, kitorang main water rafting. Best gila.. walaupun pening skit masa dalam bot. Bukan sebab mabuk air, tapi ada konflik skit. Tapi lantak lah. Memang happening lah. Tapi takde gambar, sebab aku tak berani nak bawak camera hp aku.

Lusa, jalan Manukan island. Yang ni kitorang lepak je. Nyanyi.. main² lebih kurang.. sembang².. Saje malas nak buang tenaga. Diorang lain tu takpelah. Aku ni dah la tak amik cuti Isnin tu. Petang tu, shoping jap. Tapi aku tak pandai shoping sgt, so tah hape je aku beli.

Sekian la cerita Kinabalu aku. Isnin tu, aku amik mc. Ahahaha… mengantuk la! Qada’ tidur!!

Comments 2 Comments »

Lama tak tulis² kat sini kan? Nak tulis apa pulak kali ni? Erm..

Aku ada satu projek nak buat ni. Tak nak cakap projek apa, belum waktunya lagi. Bukanlah rahsia sangat, tapi rasa cam tak best plak dok asyik cakap². Nanti orang cakap perak pulak! Bukan negeri Perak tu.. ni perak.. jakun tau?

Tapi projek ni pakai banyak modal la. Penat la tengok duit habis. Tu belum lagi penat keluar tenaga. Huhuhuuu.. cuak nih, takut tak accomplish.

Ok.. nak cerita apa lagi ek? Nak publish gambar Gunung Datuk la plak. Daaa..

Comments No Comments »

Penat juga semenjak dua menjak ni, sejak berkampung di Putrajaya ni!

Jengok ke rumah pun bila hujung minggu je.. kadang2 dapatlah tidur sehari, kadang2 tu tak sempat pun. Banyak pula urusan yang perlu dilakukan.

Tambahan pula, sepupu aku di Kajang masuk ICU, masa hujung minggu terpaksa dibahagikan ke sana jugak.

Ntah bila la aku nak sudah kan lesen kereta aku. Dulu, masa senggang banyak, tapi duit pula tak ada. Sekarang, duit tu adalah skit2, tapi masa pula sangat mencemburui aku.

Kadang2, segan juga dengan Pae dan family kakak dia. Dah dekat sebulan aku stay di umah dia. Sudah la makan minum aku di sana, air dan letrik pun tak penah byr. Lepas tu kalo aku kene stay back.. Pae kene pulak hantar dan amik aku.

Tu yang buat aku terpikir nak beli kereta. Sekali pikir, memang la aku tak berminat nak memiliki kereta. Dan pula, aku selalu rasa aku tak mampu memiliki kereta. Tapi bila kenang2 saat aku terpaksa ke sana ke mari tanpa mengira masa, terasa pula kereta tu suatu keperluan. Errmmm…

Hehehee.. tiba2, aku membuat luahan perasaan pula di sini. Cukup lah.. lebih banyak aku tulis.. lebih banyak benda yang tak sepatutnya tercerita pula disini.

Comments No Comments »

Haru biru sungguh aku pagi ni.

Semalam, aku berumahtangga di Klinik Putrajaya. Terpaksa tunggu data migration dan DB dump untuk buat testing. Plan pukul 10.45 malam nak buat testing.. end up pukul 5 pagi tadi baru boleh testing. Penyudahnya, pukul 6 baru aku sampai rumah.

Bila dah dapat pegang bantal.. memang selamat lah. Dah tak dapat di bantu lagi lah. Makanya, pukul 9 tadi baru aku terjaga, itupun setelah tak tahu berapa kali Pae dok panggil nama aku. Bila terkejut jaga, tengok jam pukul 9, terus call opis mate tanyakan orang-orang yang stay back semalam dah datang ke belum. Bila aku dapat tau dah datang, aku terus kalut bersiap.

Kesian Pae g keje lambat hari ni. Nanti kene buat sesuatu kat dia. Mungkin aku nak belanja makan Pae dan kakaknya sekeluarga. Mungkin tak mampu yang mahal, tapi appriciation tu penting. Susah payah juga dia sejak aku berkampung di rumah dia ni. Balik keje lambat, kene tunggu lama aku keluar dari klinik, kene hantar aku malam2 bila aku ada testing nak kene buat.. dan macam2 lagi lah.

Aku masih biul lagi ni. Baru sampai.. mengantuk tu tidaklah.. tapi macam pening2 skit. Tapi sbb PM yang stay back sama aku semalam pun dah datang, takde alasan aku nak cakap pape.

Comments No Comments »

Aku kat Putrajaya ni. Tengah buat testing.

Aku ada satu cerita lawak nak cerita. Masa aku mula-mula masuk kerja kat company yang aku keje skrg ni, semua orang aku tengok dok speaking terutamanya antara melayu dengan cina. Aku ni, walaupun bleh la speaking skit2, tapi aku rasa penerangan aku akan lebih berkesan kalau aku cakap melayu. Maklumlah, dekat 2 tahun duduk kat gomen cakap melayu, susah skit nak tukar.

Anyway, aku pun bantai la sesuka hati speaking melayu dengan budak2 cina. Diorang bila tengok aku cakap melayu, diorang pun cakap la bahasa melayu dengan aku. Mak aaii, punya la payah nak paham. Selalu je aku pening dengar diorang cakap. Nak buat tak tahu pun tak bleh jugak. Paham nak kene paham jugak, sebab cerita pasal keje.

So, ada satu mamat cina ni. Aku selalu la liase dengan dia sebab dia ni developer module2 yg aku jaga. Yang aku perasan, bila aku cakap dengan dia, mesti dia suka ulang perkataan yang terakhir aku sebut. Contohnya “ada kot..”, nanti dia pun ulang perkataan ‘kot’. Tapi aku buat tak heran jelah, ingatkan facinating sangat cara aku bercakap. Dalam banyak2 perkataan, perkataan ‘kot’ la yang dia selalu ikut ulang balik.

Tapi tadi, baru aku tau kenapa. Dengan penuh susah payahnya aku nak paham soalan dia, baru lah aku tau, dia sbnrnya tak paham kenapa aku selalu sebut kot. Dia tanya aku, kot tu ape? Rasa nak gelak pun ada, rasa nak menangis pun ada. Ntah2, selama hari ni aku bercakap dengan dia, beribu-ribu patah aku dok cakap, agaknya ade la 10-20 perkataan je dia paham. Huhuhuuu… Dengan penuh keinsafan, aku pun bgtau la maksud kot yang selama ari ni aku dok guna tu.

Memang la selama hari ni aku tengok dia nak cakap melayu dengan penuh susah payahnya. Tapi aku ingat sebab dia tak biasa cakap melayu jelah dia jadi macam tu. Yelah, kita orang Malaysia kan, takkan la tak paham bahasa melayu. Aku bukan cakap ikut loghat kenegerian. Agaknya kalau aku cakap bahasa utara tu, mesti diorang lagi pelik. Alangkan kawan2 aku kat U dulu pun rasa facinated. Tu melayu tu. Apatah lagi la dia.

Aku pun tak tahu la, perlu ke aku speaking omputih dengan dia lepas ni. Tapi rasanya, aku nak terus la cakap melayu, biar dia belajar skit bahasa melayu. Ni nama je rakyat Malaysia, bahasa melayu pun masalah.

Comments No Comments »