Ingat tak entry lepas aku cakap pasal satu projek aku nak join tu. Nilah projeknya. Dulu tak berani cakap, takut aku tak dapat sampai puncak. Nanti orang cakap, cakap je lebih.

Duhh.. sebenarnya aku jadi penat nak update pasal Kinabalu nih. Ahahah.. may be sebab asyik dok ckp dan tgk gambar Kinabalu ni je, so dah rasa cerita ni macam skit basi dah. Tapi takpe, demi kawan², aku update jugaklah di serata alam maya yang aku ada. Facebook dah update, so aku update sini plak!

Aku pegi 5 hari, from 7 to 11 January. Nak kira adventures, aku rasa aku  ni bkn la adventures sgt org nya. Especially bab panjat² gunung ni. Tapi dah rezeki aku agaknya nak sampai sini. Aku takut jugak pengsan di merata jalan, maklumla, aku ni ada enimia. Ahahaa.. tapi alhamdulillah tak pengsan maupun pitam. Nak tertidur je kejap. Tapi semua kire setel la.

Aku naik hari Khamis, sampai puncak Jumaat pagi, turun hari Jumaat tu jugak. So far semua ok sebab aku tak push sangat diri aku. Aku rasa nak jalan, aku jalan. Aku rasa nak berenti, aku berenti. Walaupun guide selalu cakap jangan berenti lebih dari 30 saat, suka aku je aku berenti lama². Tapi aku rasa ok, sebab aku tak menyusahkan orang sangat. Aku jalan sensorang, senang hati aku. Ada takde pun, aku susahkan Ewa je.. pasal aku suruh dia tunggu aku masa first 5km tu. Lepas tu, dia call aku cakap nak jalan dulu, aku kasik jelah. Dah nak dekat sampai pun.

Lepas 6km daki, kitorang sampai Labanrata. Kat sini challet orang stop before nak sambung daki pukul 2 pagi nanti. Kat sini gak diorang sediakan dinner. Buat pertama kali, aku rasa lapar gila. Aku ni sebenarnya tak makan daging dan kambing. Tapi kat sini semua aku belasah. Bila Mariati suruh aku berenti makan sebab aku tak solat Zuhur n Asar lagi, aku rasa cam nak marah. Huhuhu.. aku tak puas makan lagi. Aku baru belasah nasi, mee, daging, ayam, telur and sayur je. Sup², salad, buah, side dishes lain semua aku tak makan lagi. Huhuuuu.. memang nak marah sebab aku tengah lapar lagi. Tapi padan la muka aku, sape suruh aku sampai lambat. Masa tu Asar dah nak abih.

Pukul 2, kitorang gerak naik atas puncak. Aku cam biasa la, suka juga berenti lama². Pastu aku jumpa dengan group aku yang paling last, Abg Zaidi and Ifa. Pastu aku follow jelah diorang. Ifa pun nampak cam tak berapa sihat, so aku pun kasik la moral support. Aku memang, kalo ade orang lagi tak sihat dari aku, tetiba je nak belakon jadi penyelamat plak. “When a hero comes along.. lalalaa..” Ahahaha…

Sebenarnya aku dah give up gak. Sebab masa aku sampai 8km tu, dah nak dekat kul 7 pagi. Fajar menyinsing pun tgk dari bawah je. Aku cam dah malas nak naik, padahal orang lain semua dah nak turun. Ingat nak ikut kengkawan aku turun. Tapi diorang tak kasik plak. Suka² je nak control aku. Tapi sib baik ada satu group yang tak naik lagi, Mama, Papa n Zera tak naik lagi. So aku follow diorang naik. Sebab diorang lah aku dapat sijil. Kalau tak, harus aku dok bermain² kat dataran puncak tu je  dengan sia².

Turun takde apa yang menarik. Maybe sebab aku takleh lepak² lagi dah. Aku turun ngan kawan² aku, so diorang paksa aku jalan jugak sampai bawah. Huhuhuuu… tapi nak dekat sampai tu best gak, pasal kitorang asyik nyanyi lagu² yang belaja sekolah rendah dulu. Oh malam tu dinner kat National Park, aku dilanda blur. huhuhuu…

Esoknya, kitorang main water rafting. Best gila.. walaupun pening skit masa dalam bot. Bukan sebab mabuk air, tapi ada konflik skit. Tapi lantak lah. Memang happening lah. Tapi takde gambar, sebab aku tak berani nak bawak camera hp aku.

Lusa, jalan Manukan island. Yang ni kitorang lepak je. Nyanyi.. main² lebih kurang.. sembang².. Saje malas nak buang tenaga. Diorang lain tu takpelah. Aku ni dah la tak amik cuti Isnin tu. Petang tu, shoping jap. Tapi aku tak pandai shoping sgt, so tah hape je aku beli.

Sekian la cerita Kinabalu aku. Isnin tu, aku amik mc. Ahahaha… mengantuk la! Qada’ tidur!!

2 Responses to “Kinabalu Trip..”
  1. salam..

    ouh amik mc ek.
    nseb baek kami msih blaja
    xperlu nk pk nk keje..
    lepak je kt umh
    =)

    kem slm kt kwn2 yg naek sekali tu ek.
    thniah la sb smpai ke puncak.
    puas kn rasa. ehe

  2. Ha aka halim aka halimah says:

    Tulah.. sangat jeles ngan korang.. seminggu bleh lepak² kat umah.

    Gambar ko ade kat aku, nak tak? Gambar kat puncak. Nanti aku kasik kat ko ek.. eh jap.. ko yg dtg ngn adik tu kan?
    eheheh.. cam tak ter konpius² plak.

    weh.. pandai buat design t-shirt ek. Volunteer la buat design t-shirt kinabalu trip kita ni. Kitorang semua memang nak sangat t-shirt trip kali ni.

Leave a Reply