Pemberitahuan lagi.. handphone aku ilang lagi weh… (adeh.. berape kali nak ilang pun tah..)

Setelah berjaya memulihkan diri dari kesedehan dan trauma kehilangan handphone

buat kesekian kalinya.. aku sudilah nak menceritakan macamana handphone aku bleh ilang lagi.. Sangat tragis.. huk huk huk..

Ada la satu pagi weekend tu kan.. aku dengan gigihnya p swiming. Konon² nak mengurus dan memantapkan badan la. Lepas p swimming.. bagus dok ada aku p melantak sarapan plak kat kedai mamak. Lepas abih melantak sampai tak ingat.. kami (aku dan beberapa orang kawan) pun nak balik.

So masa nak naik keta tuh, aku nak amik barang kat belakang. Dengan bijaknya aku pun telah meletakkan handphone aku atas bumbung keta. Pastu lepas amik barang, tanpa rasa bersalah, aku terus je masuk keta.. tinggal la  handphone tu kat atas keta.

So.. aku pun tatau la kat mana terkuburnya handphone aku tuh. Meninggal ke, tah dibuat anak angkat oleh orang ke.. tatau la. Adeh.. sampai skrg aku dok menyesal lagi neh. Begitulah adik², sesal dulu, aku ade handphone, sesal kemudian, aku dapat la tukar tukar handphone baru! wuhuu..

Oleh sebab nak recover balik kehilangan barang kesayangan neh.. tu tak bermakna aku nak down grade pakai 3310 balik. Maka aku pun mencari dan masih lagi sedang mencari anak angkat baru neh. Huhuuu.. rambang mata siut..!! Nak sony ericson ke nokia ek? Definitely not motorola la.. buang duit aku percuma je aku terhantar msg kosong! Cybershoot ke N siries.. 3G ke camera je.. it’s really tough decision.. :P

Oklah.. sayang² buah duku, kalo ada di sayang², kalo ilang byk lagi menunggu.. ;)

Comments 1 Comment »

  Dah lama aku tak buat entry blog nih. Bukan setakat tak buat entry, friendster pun dah lama aku tak masuk.

Tsubakitop5opedpicksKali aku tak mahu bercerita tentang kehidupan yang aku lalui sekrang. Aku nak cerita tentang muzik yang aku suka. Semenjak dua menjak nih, minat aku terarah ke muzik² rock lah pulak. Tapi nak kata rock sangat pun tak jugak, mungkin slow rock kot, takpun pop rock. Hahaha.. macam kategori dlm rancangan Muzik² plak. Nampaknya, lagu² indon aku dah tak brape minat. Mungkin kesan terlalu banyak menonton siries dari WB kot, dan banyak² lagu nih diorg guna sebagai soundrtack in their siries.

Antara mereka² yang aku bleh buat jatuh cinta bila dengar suara diorg adalah Nickleback, The Fray, Rascal Flatts, Maroon 5 dan Gavin DeGraw. Tapi tulah, aku ni tak up-to-date skit bab² lagu omputih nih. Radio pun jarang dgr, kalau tak kerana aku tumpang naik keta member aku, hot dan era pun aku jarang dengar. Sekrang ni dah ada radio kat bilik projek, keraplah juga dengat hitz dan mix. Pastu plak, nk download lagu pun dah tak bleh dah skrg!

Anyway, credit to Along, she’s the one provide me with those beautiful songs. Because of my ‘new interest’, suddently I like any song that Faizal Tahir (who enter the ‘One In A Million’ show) sing. Not that he’s sang so nice,  but the selection of the songs that I like.   

So friends, by telling you this, actually I want some help from u. ;) Please help me keep updating new songs that fit with my interest. Lagi bagus kalau korang bleh send kat email aku lagu² tuh. Eheheh.. :D Tolonglah, aku asyik ulang² je lagu diorg nih, koleksi yang aku ada cume ni je:

  1. Nickleback -Far way & Saving Me (aku tau dia ade lagu baru tapi tatau apa)
  2. The Fray -How to save a life & over my head
  3. Rascal Flatts -What hurt the most & My wish,
  4. Marron 5 - Makes Me Wonder
  5. Gavin DeGraw -Chariot & I don’t wanna be.

Tu je tujuan aku menulis kat sini. Akhir kata, jasamu dikenang! ;)

Currently listen to Marron 5: Make Me Wonders


P/s:- Hari aku pakai baju warna merah jadi serba serbi pun bertemakan warna² ini termasuklah handy plus yg aku tampal di tangan aku ni pun bercorak merah.

Comments No Comments »

Fn0665birthdaycakeposters10 hari lepas, umur aku 26thn. 

Takde ape² yang menarik pun sebenarnya. Kalau tahun lepas, aku habiskan masa kat KLSentral. Kali ni aku pergi Melaka. Orang pertama wish aku besday mestilah mak aku.. punyalah awal, seminggu sebelum tu tak silap aku. Lepas mak aku, Nazatul Shima jadi orang pertama plak wish aku kat Frinedster. Surprise gak la, walaupun aku tau friendster mmg ade kasik reminder besday, tapi tergerak gak hati dia nak bagi wish aku thru testi. Izuan plak jadi orang first kasik sms tepat 12 mlm, aku siap dah tidur dgn nyenyaknya. Pae plak bawak aku g Melaka, umah perents dia.

Anyway, ramai yg tau aku mmg tak brape gemar sambut besday. Aku Wristybdgift pun tatau la nape la aku tak brape berkenan nk sambut besday. Tapi kalau besday org lain, aku tak kisah. Lagi aku suka sebenarnya, bleh mkn² free. Anyway, aku tak suka sambut besday je, hadiah aku tak pernah tolak!! Sape tak suka orang bagi hadiah kan? Cuma, aku dapat satu besday present je tahun nih, dari Atie n Ekin.

Untuk tahun ni, aku hadiahkan diri aku novel Ramlie Awang Murshid je. Kemain susah lagi nak cari.. asyik sold out je. Sib baik dpt jumpa kat Alamanda. Selebihnya, aku dah mula start bayar PTPTN dan buat sedikit simpanan. Sajelah.. dah nak tua nih, takkan taknak move on langsung kan? Sempena besday nih, bleh la aku start anything that I’m suppose to do for the pass few years. Terlambat skit pun tak pelah. Dari tak start langsung!!

Oklah.. Aku tgh training ni sebenarnya. Mengantuk gila nih! Teringat zaman belajar² dulu. Tadi pun aku still tidur dalam kelas. Hahaha.. sesetengah habit kita kadang² memang susah nak tukar!

Comments 3 Comments »

Kata orang, bila kita ada masalah.. pergilah lihat ke dalam kehidupan orang lain, barulah kita sedar betapa beruntungnya diri kita.


Fb156 Semalam, aku ke office lama. Seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Selain betukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing, banyak juga perkara yang aku pelajari. Selagi kita hidup, kita takkan pernah habis belajar tentang ilmu kehidupan.


Dulu, sewaktu aku di office ni, ada seorang kakak yang sangat baik dengan aku. Walaupun umurnya tidaklah terlalu tua, barangkali kerana dia mempunyai anak-anak yang meningkat remaja, dia selalu menganggap kami sebagai anak-anaknya. Aku memanggilnya bonda, sekadar seronok-seronok dan kerana terlampau terpengaruh dengan cerita Indon yang sering menggunakan kata ganti nama tersebut. Sejujurnya, aku kadang kala kekok dengan keadaan ni. Oleh sebab aku sudah biasa dengan berdikari dan independant sejak kecil, aku kurang selesa bila ada orang yang begitu mengambil berat tentang diri aku. Malah kadang-kadang aku terasa seperti privacy aku dicemari. Aku kurang gemar ada orang lain terlalu mengambil berat dan sayang kepada aku secara berlebih-lebihan. Cukup sekadar bercerita begitu begini sahaja, aku tidak gemar setiap gerak geri aku diketahui.


Walaupun begitu, aku tak pernah menyatakan apa rasa aku itu. Aku cuma sekadar menjarakkan diri, dan kadang kala berlakon sedikit bagi menyorok rahsia diri. Aku tak begitu pandai menghargai terlalu banyak kasih sayang yang diberikan. Masa tu, kadang-kadang aku rasa rimas dan ingin lari saja.


Tapi, kadang-kala aku rasa bahagia juga. Terutamanya apabila aku E03d_ma1_1rasa aku perlu meluahkan sesuatu kepada seseorang. Agak menakutkan juga, apabila aku menghadapi masalah, seperti ada gerak hati yang selalu membawa bonda kepada aku. Bonda banyak memberi aku nasihat tentang ikhlas, ikhsan, belajar menjadi pemaaf dan meminta maaf kepad orang lain dan belajar memberi dan menerima kasih sayang dari orang lain.


Sudah tentu pada masa itu, aku kurang Ikkitousen1memberi perhatian kepada nasihat-nasihat yang diberikan. Aku hanya mengambil nasihat yang bersesuaian dengan diri aku sahaja. Aku juga ada pendapat aku sendiri dan selalu merasa diri aku betul. Pada aku, bonda tak tahu apa sebenarnya yang aku lalui, malah itu cuma sekadar pendapatnya. Tapi setelah aku mengorak langkah meniti kehidupan ni, aku semakin sedar akan kebenaran nasihat-nasihat dari bonda. Paling tidak, nasihat-nasihat tersebut membuatkan aku memahami tentang perasaan orang lain.


Tapi kadang kala, kita hanya belajar menghargai bila sesuatu tu dah tiada disisi kita. Bila aku dah bekerja ditempat lain, barulah aku terasa kehilangan. Kehilangan seseorang yang benar-benar mengambil berat tentang diri kita. Kehilangan seorang pendengar yang setia. Kehilangan kata-kata nasihat dikala aku dirundung masalah. Namun aku masih belum lagi terlambat kerana bonda masih lagi di ’sisi’ aku. Walaupun aku tidaklah menceritakan kesemua masalah aku kepada dia, tapi aku sering mengambil iktibar cerita-cerita yang bonda berikan, lalu aku bandingkan dengan masalah yang aku hadapi.


Sebagaiman besar bilangan angka umurnya, begitu jugalah pengalamannya dalam kehidupan yang boleh aku jadikan iktibar. Katanya, belajarlah menjadi pemaaf kepada setiap kesalahan orang lain dan anggaplah setiap orang ada khilaf masing-masing. Hahaha.. kata-kata itu mungkin lahir kerana aku ni agak cepat ‘panas’ orangnya. Pols_feature23159 Kata bonda, belajar redha dengan setiap masalah yang dihadapi kerana itu tandanya Dia sayang pada kita. Kita tak mungkin tahu apa yang terbaik buat diri kita. Kadang kala apa yang kita rasa terbaik itu sebenarnya belum tentu sesuai buat diri kita. Kadang kala apa yang kita rasa kurang baik itu sebenarnya adalah paling sesuai untuk kita. Kerana setiap sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Cuma bahagian yang paling berat aku nak terima adalah bahagian sentiasa menerima dan memberi kasih sayang kepada orang lain. Katanya, sedangkan nabi kekasih Allah itu pun sayangkan umatnya yang baginda tidak kenal, siapa pula kita untuk menidakkan salah satu nikmat dari tuhan ni. Berat juga ni kerana usahkan seperti nabi, seperti bonda lakukan pun aku belum tentu mampu buat. Sesiapa yang kenal bonda mungkin tahu bagaimana cara bonda melayani ‘anak-anak’nya. Tak mengapalah.. kalaupun aku tak mampu jadi macam bonda, sekurang-kurangnya aku memahami perasaan orang yang mempunya ‘banyak’ kasih sayang ni. Apa yang boleh aku lakukan adalah mencuba sedaya upaya supaya tidak melukakan hati orang-orang sebegini kerana mereka mempunyai hati yang sangat sensitif.


Kalau nak bercerita tentang bonda, ntah sampai bilalah baru tamat agaknya. Cukuplah aku katakan, kedatangan aku ke MBPJ ni benar-benar menggamit banyak kenangan dan memberikan aku banyak pengajaran.

Keep listening to Avril Lavigne : Keep Holding On

Comments No Comments »

GloomyBuat sekian kalinya.. setelah beberapa minggu tidak menulis sebarang cerita, aku kembali ke sini. Kembali bersama semangat untuk terus berjuang dalam hidup, kembali bersama rasa rendah hati untuk terus mempelajari ilmu kehidupan, kembali bersama kekaguman  kerana betapa banyak dan perlu aku pelajari mengenai hidup ini dalam hanya beberapa minggu ini.

Lewat kebelakangan ini, rentak permainan futsal terasa hambar. Ramai yang tidak

dapat hadir seperti biasa lantaran tuntutan kerja yang banyak. Kita tak pernah menghargai teman disisi kita, walaupun sekadar teman sepermainan, tapi bila
mereka dah tiada, baru kita sedar betapa berharganya sebuah persahabatan.

Snapshot200604091653153fc_1Apa rasa hati aku sekarang? Kabur dan larut sebenarnya. Hati kabur, tak tahu apa yang diingini lalu larut dalam kehidupan ini.

Jangan terus hanyut sudahlah. Kenapa aku jadi begini, penuh sastera dan emosi? Sebab ini rasa jiwa aku sekarang…

Comments No Comments »

Adelah sorang kawan aku ni suruh aku tulih blog.. since aku kene tahan ngan bos aku sampai kul 9, kene tunggu dia abih meeting! Masalahnya kawan² ku.. aku plak takde idea nak tulih!


Tapi bila aku pikir² balik.. aku rasa aku ade la satu cerita nak cerita. Malam Sabtu kelmarin, aku, pae, intan, mami, lan dan Mel dan anak diorang, Aishah hantar Faiz kat KLIA. Flight Faiz kul 10.40, jadi mengikut perkiraannya, kitorg patut sampai 2 jam sblm tu, kalau nak bersembang² lama ngan Faiz la. Tapi aku ngan Intan dok jauh, so kitorg pun sampai lagi 15 minit dia nak masuk, tupun setelah mengambil pelbagai jalan short cut.


Tapi, kitorang pun cam ade buat salah perhitungan gak. Contohnya, si Intan tu terlupa nak masuk kawasan parking, dia g drive terus je kat kawasan amik penumpang. Kalau aku dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ ataupun drama ‘Meteor Garden’, ataupun drama ‘Silence’ yg tgh main kat 8tv skrg ni kul 7-8mlm tu.. dah tentu aku bleh berlari² dengan cun dan cemasnya masuk entrence tu, tinggal je keta kat tepi jalan, takde sapa pun nak tarik atau saman keta tuh. Tapi malangnya, tu cuma cerita Ha Di Alam Fantasi, yang sebenarnya, kitorg pusing balik cari parking.


Lepas tu.. si Intan tu (aik.. cam watak dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ plak) pun ngan konfidennya bawak la aku g naik eskelator sampai ting. 3, cari platform D. Tengok jam plak pukul 9.30.. kitorang pun lari² la dengan cemasnya.. mencari platform D. Masa tu dah rasa cam Qi Weiyi.. tak pun Dau Ming Shi dlm drama tu.. Takpun, rasa cam Shenshen ataupun Sanchai tgh kejar kekasih dia.. kirenya antara hidup dan mati la..


Sekali.. tak jumpa plak la platform D tuh. Yang aku nampak huruf A, B ngan C je. Pastu naik escalator mane tah.. jumpa jalan mati plak. Masa tu.. dah tak rasa macam filem dah. Masa tuh, rasa cam nak nangis pun ade. Tak berbaloi betul aku datang jauh², beli hadiah.. pastu tak dapat jumpa. Kalut la kitorang lari² kat dalam KLIA tu.. cam main ‘Amazing Race Asia’ pun ade..


Rupanya kitorang silap tingkat. Kene naik lagi 2 tingkat la. Akhirnya… kitorg jumpa la check point cam dalam Amazing Race tu. Tapi.. macam tak best gak la.. tak sempat nak sembang banyak² ngan Faiz. Sedih sebenar.. tapi aku malas plak nak buat adegam cam dalam filem tu kan.. g jerit nama Faiz kuat² ke.. nangis sampai kuar air mata hidung segala kan. Buat² la ceria. Lagipun, as a friend, I should be happy with her achievement, right? Whatever is good for her.. is good for me too, right?


Pastu.. jumpa la family n kawan² usrah Faiz segala.. lepas amik² gambar dan video, kitorang (budak² Manjung) g la dinner kat mana ntah. Tak sedap pun.. tapi kire ok la pasal semua tengah lapar.


Tapi.. dua malam berturut.. aku asyik mimpi je… :(

Image2344

Comments 2 Comments »

Semalam, masa tgh tengok cerita ‘Dunia Baru’, tiba² telinga aku menangkap satu tune ni.

Dan hari ni, aku asyik putarkan lagu ni saja. Lagi aku dengar lagu nih, lagi aku teringat pada kawan² aku, tak kiralah samada kat Manjung, Shah Alam, Balik Pulau atau kat mana saja.

Lagi buat aku rasa sedih, bila aku teringat Faiz pun pernah cakap dia suka lagu ni.

So I dedicate song ‘Tentang Dia’ by Peter Pan to all of my friends out there, especially Faiz who’s going to fly this Saturday’s night!

  Gathering_sg_tekala

(bawak la mp3 lagu nih.. dengar lagu ni, ingatlah kat aku dan kawan² kat sini!)

Comments No Comments »

Minggu ni takde futsal. Game ada macam biasa sebenarnya tapi aku yang ade hal. Aku ade test PTD Sabtu tu, kalau aku main futsal cam tak sempat dan tak larat nak bgn pagi esoknya. Aku bukanlah berharap sangat, tapi pakcik aku beria-ia benar nak aku suruh aku pegi. Aku pergi dengan separuh hati..

Bosan sebenarnya hujung minggu kali ni. Futsal takde, jadi aku planning nak pegi swimming. Tapi budak² umah aku ni workoholic sangat, Sabtu pun keje. Aku plak malas nak pegi swimming sensorang, pasal aku g swim waktu malam. Memalam ni orang tak nampak sangat. Tapi tentulah tak manis dan sopan aku pegi pool sensorang waktu malam.

Aku skrg tengah layan lagu Jaclyn dgn Rio Fabrian, ‘Ceritera Cinta’. Ntah cemana aku bleh suka pun aku tak tau. Tapi layan jelah.. cam best jugak! Baru dapat mp3 lagu tuh.. tu yg best layan tuh, sambil layan keje² kat opis nih.

Skrang kerja tengah banyak kat opis. Oleh sebab masa yang suntuk, terpaksalah aku bawak balik umah keje² tu. Tapi ntah kenapa aku begitu dedicated dengan kerja² tu, sampai asyik termimpi². Masalahnya, tidur petang pun aku mimpi pasal keje² tu jugak. Ada sekali tu aku mimpi, aku sedang menaip document yang aku bawak balik tu. Ada sekali tu pulak, aku mimpi officemate aku, Atie, set up meting kat aku petang Isnin ni, tapi aku tak tau apa² pun pasal meting tu. Cuak sangat aku masa tu, pasal aku tak tau nak prepare apa untuk meting tu. Ade sekali tu, aku mimpi aku tak paham apa yang diorang bincang pasal document kontrak yang aku tgh buat nih. Masa tu rasa panik gila, apa yang aku nak update dengan kontrak ni. Ada sekali lagi tu pulak.. aku mimpi aku tak boleh tidur sebab tak siap keje lagi, tapi aku nak tidur sangat pasal aku dah letih.. tapi jenuh aku pejam mata aku, tak mau jugak lena², last² baru aku tau aku tengah tidur sebenarnya. Tupun pasal Pae call nak tanya aku bleh amik cuti tak 2 Feb dan 5 Feb ni. Huh.. cepat la abih signing ceremony nih.

Okla.. aku kene siapkan keje nih. Pagi² lagi bos aku dah call tanya pasal keje aku. Sib baik aku pose, kalau tak, mesti tak selera aku nak sarapan.

Type

Comments 2 Comments »


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku, Nor Faizah Ahmad, aku panggil dia Faiz. Ada jugak panggil dia Faiz Ahmad atau panggil Faiz Yes pasal aku ade sorang lagi kawan nama Faez Noor.


Aku kenal dia mula² kat UiTM Manjung. Kami satu umah (asrama kami umah kedai), tapi tak satu bilik. Kebetulan jugak, kitorang ni satu course, jadi hubungan kitorg semakin rapat. Dalam umah tu ada beberapa orang lagi budak² yang satu course dengan kitorg, pergi balik kelas selalu sama² dan akhirnya kitorg jadi satu klik.


Dari sem 1 lagi, dia ni mantap bab² pelajaran. Jadi dia glemer la jugak sebab antara top student. Aku menempek je disebelah dia. Dia rajin sebenarnya, jadi aku pun menumpang sama la kerajinan dia. Kalau dia nak jumpa lecturer, aku temankan dia sekali, jadi dgn aku² sekali lecturer kenal. Oleh sebab selalu teman dia, aku pun terikut² habit dia suka jumpa lecturer. Bila masuk sem 3, kami kene pindah blok sebab blok kami duduk tu untuk junior saja. Dia dapat blok P, aku dapat blok D. Aku tengok dia seronok betul dapat umah dan housemate baru.. aku pulak rasa tak seronok pasal aku sorang² je tercampak kat umah tu dan takde sorang pun geng aku dok serumah dengan aku. Sedih betul aku masa tu. Tapi akhirnya aku pindah secara haram ke asrama lain, duduk dengan member² satu course dengan aku yg lain. Nasib baik kelas dan study group kitorg tak pecah lagi. Jeles betul aku bila aku tgk dia seronok je ngan budak² umah dia. Tapi kadang² aku rasa dia pun jeles gak ngan aku, pasal aku pun banyak kenal orang, yg kebanyakkannya kawan² di bilik tv!


Pengalaman paling manis kitorang yang aku sentiasa ingat, masa kene buat projek ETR. Selain aku dengan dia, Eni, Sharadah, Jun dan Lina, 6 orang semuanya. ETR ni subjek bisnes, so kitorg kene create satu bisnes dan present kat lecturer. Masa tu kitorg buat bisnes khemah kawin. Bila nak buat survey/interview tu, kitorg kayuh basikal pusing satu manjung. Jumpa macam² orang dan pergi merata tempat dan kampung. Walaupun penat, tapi seronok!


Bila final sem kat Manjung, kitorg sekali lagi duduk satu group untuk subjek system analysis. Tiap² petang kitorang pegi umah kawan kitorg, Da’a, nak siapkan projek tu. Tu pun pengalaman yang tak boleh aku tak boleh lupakan.


Bila sambung degree, aku mintak course sama dengan dia, tapi takde rezeki, sebaliknya aku dapat course AI. Kalau pikir memang aku tak minat, tapi kalau aku nak tunggu course tu sampai sem depan, aku tentu buang masa sem tu. Jadi aku amik jelah course yg ditawarkan. Walaupun macam tu, aku selalu ikut dia pergi merata jumpa budak² course dan lecturer dia. Lagipun, byk la jugak kawan² aku kat manjung amik satu course dengan dia. Sampai diorang pun konpius aku ni satu course dgn diorang. Begitulah betapa rapatnya aku dengan dia. Bila Sem 4, aku dapat satu bilik dengan dia. Sepatutnya kitorang jadi makin rapat, tapi mungkin aku pun ada masalah aku sendiri, aku selalu menghilang takde kat bilik sampai dia pun selalu kecik hati ngan aku. Atau kitorg memang tak sesuai duduk satu bilik kot. Tapi bila sem seterusnya, kitorg jadi rapat balik, walaupun tak serapat dulu pasal masing² dah sibuk dengan subjek masing². Aku selalu jugak pegi umah sewa dia.


Dia grad dulu dari aku dan dia dapat kerja dulu dari aku. Still rapat cuma jarang jumpa. Kemudian dia tukar kerja, jadi tutor kat UPM. Lepas aku tu rajin jugak jumpa dia, balik kampung sama² dan ajak dia join mana² aktiviti aku yang sempat aku ajak. Aku kenal hampir kesemua family dia pasal aku suka menyibuk datang umah dia atau kakak² dia. Dia pun kenal hampir semua family aku pasal senang skit kerja aku. Sebenarnya aku suka jual nama dia kat Pak Ndak dan Mak Ndak aku kalau aku nak g mana², pasal dia ni budak baik.. aku cakap je nama, terus aku nak dapat approval dari pakcik n makcik aku. Hahahaha.. tapi aku dengar, dia pun dok jual nama aku jugak. ;)


Faiz yang aku kenal, dia ni seorang yang mempunyai perancangan dan matlamat dalam hidup dia. Dalam setiap perancangan tu, dah mendapat nasihat dari ramai orang, selalunya dari ayah dia. Selain tu, kalau dia dah plan benda tu, dia akan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya. Lagi satu, dia nih rajin! Sebab tu dia berjaya buat apa yang dia plan. Dia banyak pengetahuan, lagipun bapak dia ustaz, jadi dia banyak tahu, paling tidak lebih dari aku. Jadi, aku suka mintak nasihat dan pandangan dari dia. Dalam banyak perkara, aliran pemikiran kami hampir sama, jadi senang aku nak berbincang apa² dengan dia. Dia ni sensitif sikit, tapi sikit je! Dulu² aku pun kurang paham pasal dia, tapi lama² aku rasa aku paham dah dia kot.


Tak lama lagi dia nak pergi Australia, sambung belajar. Tatau lagi berapa tahun, mungkin 2, mungkin 3. Ntah², terus kerja kat sana, manalah tahu kan. Qada’ dan Qadar tuhan takde sape tahu. Ntah jumpa lagi ntah tak. Insya-Allah kalau panjang umur dan kitorang berjumpa lagi. Dia selalu cakap, balik nanti mesti ramai yang dah kahwin, tahun ni je pun dah ramai. Takpe lah dah kawin, sekurang²nya masih boleh berjumpa, kalau sampai ajal, tentu dah tak boleh jumpa lagi. Kalau salah sorang dari kitorang ni sampai ajal, nilah pertemuan kitorang yang terakhir. Kalau sampai ajal aku, nilah bingkisan yang aku mampu aku hadiah kan buat dia.


Aku doakan dia semoga berjaya dalam setiap perkara yang dia ceburi. Sebagai kawan, tentu aku bangga dengan setiap kejayaan kawan² aku. Setiap kenangan kita terutamanya masa kat Manjung dulu akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

P6030036_1

(Rasanya nilah entry paling panjang aku pernah hasilkan)

Comments 7 Comments »

Jumaat lepas, kitorang main futsal macam biasa, tapi..

Keseronokkan bermain tu tak dapat mengatasi perasaan cuak. Ramai betul orang yang tak kenal join kali ni, sampai penuh court dan susah betul nak sepak bola..


Lagi cuak bila nampak yang join tu macam terer² je, sah-sah nak dapat bola pun kemain susah lagi. Kalau dapat pun, mesti sebab orang bagi sebab kesian..

Makin lama main, makin aku rasa aku tak reti main. Kadang² aku rasa orang cam tak puas hati je ngan aku tapi tak tau kenapa. Tak tau la kalo tu cuma perasaan aku je..


Kadang-kadang main futsal ni buat aku down plak. Tapi itu minggu-minggu yang lepas la. Minggu ni sebaliknya plak..


Mungkin psl minggu ni, I had tough week, jadi bila jumpa kawan², rasa release sikit kot. Thanks ‘friend’ for becoming a shoulder to cry on..


Minggu depan takde futsal pulak, masing² ade hal. Nampaknya kene tunggu 2 minggu lagi la..


And I’m waiting patiently for that week…

103735908_47d8d55de5

Comments No Comments »