Aku nak cerita 2 benda hari ni.
Pertama pasal Manikam Kalbu. Manikam Kalbu ni adalah buku tulisan Faizal Tehrani yang baru aku khatam semalam kat surau, masa orang audit asyik berlegar² kat tempat aku. Lama gak aku amik masa nak abih baca buku ni, tapi tak sedasyat buku Saatul Ibaad, sampai sekarang adalah dah dekat 5 bulan aku tak abih² baca lagi. Tough sangat la..
Manikam Kalbu ni cerita ringan je, tapi kalau namanya Faizal Tehrani yang buat, ko jangan mimpi la nak baca buku² ringan dari dia. Ringan² dia tu.. agak jenuh jugak la ko nak bukak prosa kata kat belakang. Tapi aku enjoy. Ada 2 cerita dalam ni, zaman dulu, pasal jurubusana istana yang bernama Manikam Kalbu, yang kalau sekarang ni orang panggil fesyen designer kerabat diraja la. Satu lagi cerita pasal seorang budak sekolah menengah yang amik jurusan fesyen, Ziyab, yang mempunyai seorang nenek nyanyuk dan seekor kucing bernama Manikam Kalbu.
Menarik pasal buku ni, bukan pasal si Manikam Kalbu tu. Tapi macamana dia uraikan maksud tersirat yang ada pakaian² Melayu, dan kenapa kita pakai baju kurung atau baju melayu. Ni antara petikan dalam novel tu.
“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”
“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”
“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”
Oklah.. lebih², kenelah baca sendiri.
Yang kedua, aku nak cerita pasal keinginan aku. Dah lama aku memasang angan² nak memiliki sebiji gitar. Sebiji gitar ke? Ke sebuah gitar ek? Tak kisah la.. tapi aku memang teringin nak memiliki dan belajar gitar. Buku gitar sudah mula kuning, tapi gitarnya haram tak nampak rupa lagi. Tapi banyak plak prosesnya. Memula nak kene survey kedai gitar dulu. Lepas beli, nak kene spend masa belajar lagi. Sudah la kene belajar sendiri, susah jugak tu. Tapi takpelah, pelan².. Kalo bleh.. tahun ni jugak lah..
Ok, sekian…



Entries (RSS)