Posts Tagged “project”

Mari kita bercerita lagi!

Macam dalam post shout out aku, aku akan ke Sarawak lagi. Tapi kali tak sebest last time, sebab pegi sebab keje. Tapi tak kisah la. Orang yang best, dia tak mengaharapkan suasana yang best buat dia jadi best, tapi dia yang menjadikan suasana yang tak best jadi best!! Ehehe.. korang paham ke? Aku pegi 22hb-31hb Mac.. jadi jangan korang cari aku kat KL sepanjang minggu tu. Dan kepada kawan² aku yang mungkin ada atau tersesat kat sekitar Kuching or UNIMAS time tu, sila contact aku! Mungkin kita boleh rancang aktiviti berpoya²..

Cerita kedua.. aku ada satu projek nak buat. Ekceli projek bersama, tapi sebab aku yang terkeluarkan idea neh, maka aku dengan rasa tanggungjawabnya menggalas tugas ni. Lagipun aku nak test power. Setakat reunion dan gathering, aku dah tau dah krebiliti aku. Sekarang aku nak test buat outdoor aktiviti plak. Lagipun, aku nak tau gak, cemaner susahnya Encik Amirul Mukminin tu dok siapkan itinerary dan bajet aktiviti. Mane tau.. aku bleh cantas plak bisnes diorg. Ahahaha.. takde lah. Merapu! Aku ni hangat² taik kambing je. Sedangkan si Amirul tu comited gila.. kagum sei!! (Im.. kalau ko terbaca, sila jangan bgtau abg ko aku kagum ngn dia. Nanti lagi besar perut dia nanti..). Oh.. tapi aku tak cerita aktiviti apa aku nak buat. Nanti aku dah siapkan itinerary tu.. baru aku umumkan. Kasik korang suspen skit. (huhuhuu.. suspenkah?)

Ape lagi nak cerita ek. Aku rasa cukuplah tu. Nanti orang kata aku tulis blog macam tulis cerpen/buku teks. Ada ke aku dengan baik hati bagi dia link blog aku.. dia kata macam tu. Dia tatau ke aku ni kalo eleberet.. penuh dengan ketelitian. Lagipun.. aku nak la berkongsi kegembiraan ni ngan korang.. supaya dapatlah korang berjeles² dengan aku! Ahahaha..

Dah la.. selagi aku tak letak full stop.. lagi banyak aku dok merepek nanti. Ni sebenarnya hari Ahad, aku kene keje ari neh. Ni semua pasal Sarawak la neh. Kalau tak pasal Sarawak.. aku takdelah sebegini kalut. Ade ke bos aku cakap, dia bagi aku pegi Sarawak sebab dia tengok aku mcm suka pegi Malaysia Timur. Nampak sangat dia tak mengenali aku.

FULL STOP!!!

Comments No Comments »