Posts Tagged “Sarawak”

Aku sebenarnya stay back sebab nak study sistem. Tapi macam tempting plak nak cerita pasal trip kali neh. Ehehehe…

Anyway, kepada yang tak tahu, kali ni aku pegi Sarawak plak (27hb Feb-2hb Mac). Korang mesti ingat aku banyak duit kan. Kerap plak aku pegi arah sana sini. Tapi series aku tak sekaya mana. Ni pun dah nyaris nak jatuh miskin dah neh. Nasiblah trip kali ni backpackers style. Jadi takdelah belanja lebih sangat. Rasanya duit aku banyak habis kat tiket flight je.

Dalam flight ke Miri
Dalam flight ke Miri

Jumaat pagi kami bertolak ke LCCT, tu pun dah terbangun lambat. Check in pukul 6.45, tapi kul 7.15 pun semua tak check in lagi. Nyaris² tak dapat letak beg kat bahagian lugage. Tapi bukan salah sebab kami bangun lambat, salah Air Asia lah.. electronic board dia rosak. Anyway, kami berlepas dengan jayanya ke Miri, dan touch down Miri lebih kurang pukul 9 lebih. 2 jam perjalanan, sebab kami bangun lambat, tak sempat nak breakfast, dan nak jimat duit taknak makan dalam flight, aku sampai mimpi² minum milo panas sebab lapar sangat.. dduuuhhh!!

Sampai Miri, naik bas awam, pun dengan harapan nak jimat duit, sorang RM2. Padahal naik van sewa xde la mahal mane.. kalau satu trip RM20, boleh naik sampai 10 orang. Lupa nak cakap, kami ni seramai 10 orang, 8 perempuan dan 2 lelaki. Sampai bandar Miri, semua sibuk cari kedai makan, lepas janji dengan pakcik van sewa nak gerak ke niah pukul 2 ptg. Orang Miri memang ramah². Kitorang pun ape lagi.. amik kesempatan lah. Mintak tumpangkan beg kat kedai makan lah, tanya² tempat menarik lah. Ehehehe.. Tapi tulah, Miri memang bukan bandar yang sangat menarik. Macam pekan lama je. So tatau nak jalan ke mana.

Dalam ke bandar Miri
Dalam ke bandar Miri

Selepas perjalanan lebih kurang 3 jam mungkin, kitorang sampai la ke National Park Niah. Ya ampun, macam dead place. Sunyi sepi. Petang tu kami mati kutu tatau nak buat ape. Sib baik berkenalan dengan kakak yg buka kantin untuk muslim. Kakak tu memang masak sedap gila (atau kitorang kah yang lapar??), malam tu kitorang dinner nasi putih, lauk kari ayam, midin (pucuk paku) goreng, telur dadar, ulam dan sambal dengan harga RM6 lebih seorang. Kakak tu pun tak melepaskan peluang promo dia punya kek lapis. Based on masakan kakak tu, kitorang rasa kakak tu memang pandai masak. Respek habis la.. kakak tu memang pandai carik duit. Satu malam bleh siap 24 biji kek lapis sarawak, korang bayangkanlah! Tu belum lagi dengan dia amik catering lah, upah buat laundry utk national park lah. Kedai je nampak buruk (bukan nak mengutuk.. tapi korang tengok la gambar kat bawah tu!), tapi duit berkepuk tuh. Aku dan Pae balik bilik awal malam tu, sebab aku rasa nak ke toilet sangat(ehehee…) tapi rupanya kakak tu sambung plak ngan cerita hantu. Ehehe.. nasib la korang! Ketakutan sampai takut nak balik bilik. Oh lupa nak cakap, kitorang pun order lah kat kakak tu kek lapis, dan memang tak menghampakan. Semua kawan² aku kat sini puji, sedap dan berperisa. (wah.. dah macam pegawai pemasaran dah gayanya!)

Nilah kedai kakak tuh.. macam kedai tinggal je kan..

Nilah kedai kakak tuh.. macam kedai tinggal je kan..

Esok pegi Niah, memang menarik, specially pada aku yang minat Sejarah neh. Budak² lelaki tu pun mcm tak puas hati je ngan aku, semua benda aku tau atau nak amik tau. Apa, diorang tak penah jumpa ke budak komputer minat sejarah dan geografi?? Balik tu melawat perkampungan Iban. Kemudian, balik bilik, mandi dan terus gerak bandar Miri, check in hotel backpacker. Tapi sempat lagi shopping sekejap sebelum check in. Dan memang satu kebetulan yang menarik, uncle kedai barang kraft tu siap offer sewa van untuk kitorang pegi airport esoknya. Siap janji nak bawak kitorang jalan² (tapi kene bayar lah..) kat sekitar Miri sebelum kitorang check in balik KL nanti.

Ini folker yg kitorang naik dari Miri ke Mulu
Ini folker yg kitorang naik dari Miri ke Mulu

Esok, kami ke Mulu naik folker. Pada yang tak tahu, folker tu kapal terbang kecik. Memang bergegar lah bila langgar awan, plus ada bau yang kurang menyenangkan lah skit dalam folker tuh. Sampai Mulu, baru sibuk nak cari van sewa. Sekali dapat tumpang jeep. 5-10 minit perjalanan je, tapi kene bayar sampai RM5. Cekik darah! Check in bilik kat National Park, kami kene bayar RM100 seorang, tu termasuk bilik untuk 1 malam, entrance ke national park, tambang bot untuk hari ke-2 dan guide untuk 2 hari. Kira ok lah! Lupa nak cakap, trip ke Mulu hanya 6 orang je yang join, kesemuanya perempuan. Selebihnya masih stay kat hotel backpacker sebab diorg plan nak pegi Brunei. Padahal Brunei tu bukan ada apa pun.

Gua Lang
Gua Lang dan Gua Rusa

Petang tu, kitorang melawat Gua Lang dan Gua Rusa. Gua Lang tu cantik sangat. Gua Rusa plak entrance dia besar betul. Tapi bukan yang terbesar diantara gua² kat situ. Guide tu cakap, the largest cave passage in the world. Maksudnya ape ek. Sebab gua terbesar tu Sarawak Chamber. Tah lah.. aku pun tak paham sangat. Maghrib, kitorang tengok kelawar keluar dari gua. Takdelah cam yang aku expect, macam dalam cerita batman tuh. Aku expect kelawar keluar dari dalam gua dan terbang atas kepala kitorang. Tapi harapan jelah. Kelawar tu terbang jauh gila dari tempat kitorang tengok tu, dan nampak kecik betul.. dah macam burung je. Tapi pengalaman menarik jugak lah!

Kelawar yang keluar dari gua
Kelawar yang keluar dari gua

Esoknya plak pegi Gua Angin dan Gua Air Jernih. Gua Angin tu pun cantik jugak, pastu pada satu² kawasan dalam gua tu, akan ada rasa aliran angin. Tapi Gua Air Jernih lah paling menarik sekali sebab ada aliran sungai dalam gua. Pada mulanya, ramai jugak yang suggest kitorang buat advance caving. Tapi advance caving tu kene berenang, dan kene salah satu sungai adalah sungai dalam gua tuh. Oh tidak.. ya ampun!! Aku ni dah la tak reti berenang, dengan arus yang amatlah deras nya, agaknya baru je cecah kaki dalam air, dah terus hanyut!! Tapi bila dengar bagaimana cara sungai tu terbentuk, dan macamana gua ni terbentuk, buat aku jatuh cinta dengan gua nih! Ya.. diulangi, aku suka geografi!

Perjalanan Menuju ke Gua Angin dan Gua Air Jernih
Perjalanan Menuju ke Gua Angin dan Gua Air Jernih

Aku tak cerita ek, perjalanan kami ke Gua Angin dan Gua Air Jernih tu naik bot, dan singgah ke perkampungan Penan. Guide kitorang pulak, sorang mix cina, malanau dan iban, satu lagi dari kaum Iban. Macam kelakar pulak, masa kat Niah, guide kitorang orang Penan, tapi kitorang pegi ke perkampungan Iban. Bila di Mulu, Guide orang Iban, tapi pergi ke perkampuang Penan. Trip kali ni, walaupun taklah seadventure macam pegi Kinabalu, tapi aku sangat puas hati. Rasanya, kami mungkin akan datang lagi. Ada banyak benda yang kami nak buat. Mungkin bukan advance caving, tapi at least mungkin boleh try intermediate caving ke. Air terjun lambir pun tak sempat pegi. Banyaklah tempat tak pegi lagi!

Oklah.. sungguh panjang lebar penceritaan aku, dah macam nak kasik korang itinerary aktiviti plak. Ehehehe.. Semoga korang pun jatuh cinta gak dengan World Haritage neh.. sebab sesungguhnya, aku memang dah jatuh cinta pun dengan tempat ni pun!!

Comments 2 Comments »