Posts Tagged “update”

Mari kita bercerita lagi!

Macam dalam post shout out aku, aku akan ke Sarawak lagi. Tapi kali tak sebest last time, sebab pegi sebab keje. Tapi tak kisah la. Orang yang best, dia tak mengaharapkan suasana yang best buat dia jadi best, tapi dia yang menjadikan suasana yang tak best jadi best!! Ehehe.. korang paham ke? Aku pegi 22hb-31hb Mac.. jadi jangan korang cari aku kat KL sepanjang minggu tu. Dan kepada kawan² aku yang mungkin ada atau tersesat kat sekitar Kuching or UNIMAS time tu, sila contact aku! Mungkin kita boleh rancang aktiviti berpoya²..

Cerita kedua.. aku ada satu projek nak buat. Ekceli projek bersama, tapi sebab aku yang terkeluarkan idea neh, maka aku dengan rasa tanggungjawabnya menggalas tugas ni. Lagipun aku nak test power. Setakat reunion dan gathering, aku dah tau dah krebiliti aku. Sekarang aku nak test buat outdoor aktiviti plak. Lagipun, aku nak tau gak, cemaner susahnya Encik Amirul Mukminin tu dok siapkan itinerary dan bajet aktiviti. Mane tau.. aku bleh cantas plak bisnes diorg. Ahahaha.. takde lah. Merapu! Aku ni hangat² taik kambing je. Sedangkan si Amirul tu comited gila.. kagum sei!! (Im.. kalau ko terbaca, sila jangan bgtau abg ko aku kagum ngn dia. Nanti lagi besar perut dia nanti..). Oh.. tapi aku tak cerita aktiviti apa aku nak buat. Nanti aku dah siapkan itinerary tu.. baru aku umumkan. Kasik korang suspen skit. (huhuhuu.. suspenkah?)

Ape lagi nak cerita ek. Aku rasa cukuplah tu. Nanti orang kata aku tulis blog macam tulis cerpen/buku teks. Ada ke aku dengan baik hati bagi dia link blog aku.. dia kata macam tu. Dia tatau ke aku ni kalo eleberet.. penuh dengan ketelitian. Lagipun.. aku nak la berkongsi kegembiraan ni ngan korang.. supaya dapatlah korang berjeles² dengan aku! Ahahaha..

Dah la.. selagi aku tak letak full stop.. lagi banyak aku dok merepek nanti. Ni sebenarnya hari Ahad, aku kene keje ari neh. Ni semua pasal Sarawak la neh. Kalau tak pasal Sarawak.. aku takdelah sebegini kalut. Ade ke bos aku cakap, dia bagi aku pegi Sarawak sebab dia tengok aku mcm suka pegi Malaysia Timur. Nampak sangat dia tak mengenali aku.

FULL STOP!!!

Comments No Comments »

Lama tak tulis² kat sini kan? Nak tulis apa pulak kali ni? Erm..

Aku ada satu projek nak buat ni. Tak nak cakap projek apa, belum waktunya lagi. Bukanlah rahsia sangat, tapi rasa cam tak best plak dok asyik cakap². Nanti orang cakap perak pulak! Bukan negeri Perak tu.. ni perak.. jakun tau?

Tapi projek ni pakai banyak modal la. Penat la tengok duit habis. Tu belum lagi penat keluar tenaga. Huhuhuuu.. cuak nih, takut tak accomplish.

Ok.. nak cerita apa lagi ek? Nak publish gambar Gunung Datuk la plak. Daaa..

Comments No Comments »

Ni nak publish gambar je sebenarnya. Eheheh.. Tulah, sape suruh diorang tak configure server lagi. Buat keje separuh jalan. Tengok dah buang masa tak bleh nak buat testing.

As I told before, I went to Big Plate Restaurant last Sunday, with few friends from ITM. At first, we kind of scared with the surrounding, macam kawasan tinggal. But after eating, everybody satisfy with the buffet menu and the food.

Desert@BigPlate

Atas tu desert yang dia sediakan.

SideDishes@BigPlate

SideDishes@BigPlate

SideDishes@BigPlate 

SideDishes@BigPlate

Yang atas ni plak side dishes.. aku tak sempat pun nak amik. Aku suruh Pae amikkan.. dia amik skit je plak. So terpaksa la kami berkongsi berdua.

Fruit@BigPlate 

Fruit@BigPlate

Friut pun banyak. huhuuuu.. memang rambang mata la. Tu belum manu utama lagi.

MainCourse@BigPlate

MainCourse@BigPlate

Aku dah tak larat nak upload gambar. So aku edit gambar ni. Conclusion nya, aku puas hati datang sini walaupun tak ramai kawan2 yang join.

HappyFace@BigPlate

HappyFace@BigPlate (semua yang datang kecuali aku, mestilah kan.. kalau tak sape nak amik gambar)

Oklah.. ingatkan bleh la update semalam. Sekali banyak plak problem dekat system. So terpaksa la aku save dulu dan publish ari neh. Ni pun macam ade problem lagi. Aku pun macam dah sakit hati je. Tapi tak pelah.. sib baik bulan puasa, aku kene le banyak2 bersabar.

Anyway, rasanya dah tak sempat nak update lagi dah kot. So.. aku nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan yang tinggal 5 hari je lagi ni, semoga korang dapat la membuat banyak2 amalan di malam2 terakhir ni. Dan juga aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Aldilfitri kepada semua, tak kiralah yang kenal aku, atau yang sekadar datang lalu2 kat blog aku ni. ;) 

Comments 1 Comment »

aku nak test je gambar ni.. Ehehe..

aku nak test letak gambar je ni.. Ehehe..

Lama betul aku tak masuk sini. Ari tu masa update entry, baru aku perasan friendster punya blog entry dah tukar baru. Cam lagi best je. Ari tu tak sempat nak komen. Ari ni aku nak komen la pasal benda alah ni.

Setelah berkurun aku pakai friendster ni, barulah dia nak upgrade blog entry ni. Bagus tu memang bagus, tapi lambat sgt. Satu lagi, aku perasan dah tak leh upload gambar plak. huhuhuu.. tak best la kalo takde gambar. Takpe.. nanti aku explore lagi. Tak perasan kot.

Ok.. nak cerita apa ni? aku pun takde idea.. aku kat client side ni.. dekat seminggu dok kasik training kat user. Dah naik beku dah aku kat sini. Nak makan pun tak bleh kan.. Nak update fotopages pun.. bleh la, tapi aku ingat nak update gambar yg lama2 dulu. Gambar2 tu semua ade kat opis. Yang ada kat dlm hp aku skrg ni, yg latest je.

Erm.. sebab aku tatau nak cerita apa.. so meh la aku merepek kat sini. Eheheh… Aku nak bagitau.. aku tak balik raya tahun ni. huhuuu.. tipu la plak. Aku balik.. tapi raya ke-3 nanti baru aku balik. Last puasa pun aku dok keja lagi. Bukan bos aku tak bagi cuti.. tapi aku yg kedekut cuti. Ahahaha.. takde lah. Aku plan nak raya KL dengan makcik aku yang kat Tepeng tu.  Dia nak beraya kat KL plak taun ni.

Dulu2, aku selalu buat giliran, kalau raya pertama aku raya rumah mak aku, raya kedua aku akan balik umah makcik aku kat Tepeng tu. Pastu taun depan aku tukar plak, raya pertama umah makcik aku, raya kedua aku balik umah mak aku. Tapi sejak dah keje ni, mak aku asyik nak conquer aku kat dia sorang je. Ahahaaa.. aku tak kisah sebenarnya, tapi pakcik tu dah kecik2 ati plak. Aku sebenarnya tak kisah pun raya kat mana2.

Cuma masalah problemnya skrg.. aku tak kasik tau mak aku lagi. Huhuhuu.. mak aku tu takde la respon dramtik cam drama swasta tu, tapi yelah.. agak cuak jugak lah!! Harap2 mak aku takde la buat ayat2 sedih ke.. ayat2 hangin satu badan ke.. ayat2 cinta takpelah! Ehehe..

Tapi aku cover balik amik cuti lama skit la lepas raya. Aku sebenarnya pun, memang saje nak kumpul cuti. Nanti awal taun depan, aku nak g Kinabalu Trip, takut tak cukup cuti plak.

Oh nak bagi tau.. Big Plate yang pegi Ahad lepas dengan kawan2 kat ITM tu ok la. Makanan dia banyak yang sedap (ada gak yang tak sedap.. tapi tak banyak la..). Thanks to Dayat sebab tolong aku sampai la aku sampai kan Big Plate tu. Memula tu ragu2 jugak ngan tempat dia.. tapi sib baik makanan dia memang ok!

Ok sekian dulu cerita merepek aku. Ada 4 hari lagi campur ari neh aku ada kat Putrajaya, so ade 4 ari lagi aku bleh online friendster. yehuuuu!!

p/s: eh.. aku dah jumpa la cara nak uload gambar. Huhuhuh…

Comments No Comments »

Bila dah lama tak masuk friendster.. aku pun dah jadi blur apa yang aku nak buat bila bukak frendster ni. Jadi aku rasa ada baiknya aku update blog ni.

Macam semua tau, aku memang payah nak update friendster ataupun blog ni, sebab kene access kene block. Jadi once in while, bila aku ada kesempatan, macam bila aku pegi rumah Pae dan sebagainya, barulah aku berjaya bukak frendster ni dan update blog.

Lagi mau update ape ek? ok.. kalau nak tgk yg ber updated.. bleh gak tgk kat fp aku: http://halim-april.fotopages.com. Rasanya ramai yang dah tau kan.

Tengah surfing2 frendster ni, baru aku perasan nama Da’a dah hilang dalam friend list aku. Tak tahu lah sama ada frendster ni yang dah bengong, atau Da’a yang dah tak guna frendster ni.

Oklah, Melodi dah start. Petang ni ada berbuka puasa dengan kawan2 Itm. Tak ramai pun, tapi jadilah. Last week, buat untuk kawan2 dari Balik Pulau. Pun tak lah ramai mana. Mungkin ramai yang ada hal. Ataupun ramai yang rasa tak penting jumpa kawan2, mungkin juga rasa ada banyak masa lain lagi boleh jumpa. Tak mengapa lah. Cuma bila kesempatan tu dah tak ada nanti, jangan disesalkan pilihan yang dah dibuat ni. Mungkin ramai yang dah malas nak jumpa aku. Tak pa lah, nanti bila aku dah tak ada nanti, ada sapa2 organize, datanglah ek. Kesian yang tukang organize, hampa juga rasa hati bila kawan2 tak sudi datang reunion yang di buat.

Sampai sini dulu, kalau ada kesempatan lagi, di beri umur yang panjang, Imsya-Allah.. aku update lagi.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Aldilfitri.

Comments No Comments »